Tips Menghilangkan Nafas Berbau
Apa itu Nafas Berbau?
Nafas Berbau adalah apabila ada bau yang tidak menyenangkan yang biasanya keluar dari mulut apabila kita berkominikasi. Dimana jika kita menghembuskan nafas, ada bau yang akan keluar. Ini bukan sahaja menjadi isu kesihatan, malah ini juga merupakan satu masalah sosial. Bayangkan, apabila kita buka mulut sahaja isu nafas berbau akan berlaku.Hal ini menyebabkan sesiapa sahaja yang kita jumpa akan hilang "mood" untuk berkomunikasi dengan kita, apabila kita mempunyai nafas berbau. Bagi yang menjual barang "face to face" pastinya sukar untuk anda untuk berkomunikasi dengan pelanggan anda, apatah lagi nak close sales itu jauh sekali.Apa yang saya akan kongsi ini merupakan tips untuk menghilangkan nafas berbau.
1. Menjaga Kebersihan Mulut.
Perlu anda tahu, menjaga kesihatan mulut secara kerap adalah sangat penting sekaligus dapat membantu menjaga gigi serta kesihatan anda. Perlu juga diingatkan bahawa anda perlu menjaga 3 bahagian utama mulut anda iaitu gigi, gusi dan juga lidah. Bagi memastikan segalanya dalam keadaan baik disarankan mengosok gigi anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari Dibawah saya listkan point-point ringkas tips menghilangkan mulut berbau.
- Pastikan anda berus gigi selepas makan.
- Anda perlu menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali sehari,mungkin juga lebih.
- Jika anda memakai gigi palsu pastikan mencucinya dengan teliti.
- Gunakan berus gigi yang berbulu kecil. Tukar berus gigi sekurang-kurangnya 4 bulan sekali.
- Cuci gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun.(kalau rajin sebulan sekali pergi je klinik kerajaan)
- Selepas makan, rajin-rajinkan diri mengumur. Bagi Tujuan menghilangkan zarah-zarah kecil yang masih melekat atau tertinggal di celah gigi dan dalam mulut anda.
2. Makanan.
Yang kedua adalah bab makanan. Semua orang makan, tak makan nanti lapar pula. Tetapi terdapat beberapa jenis makanan yang menjadi penyebab nafas berbau. Seperti makanan yang tinggi lemak, daging, tinggi gulanya , rempah khas dan produk tenusu. Selain itu, makanan yang mengandungi asid juga akan menghasilkan bakteria dalam mulut kita. Maka apabila anda makan makanan yang mengandungi lemak dan protein, tak semua makanan itu dicernakan dalam sistem badan kita dengan betul.Justeru itu, orang yang mengalami masalah yang sedemikian boleh berakhir dengan isu mulut berbau.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang berkaitan dengan masalah mulut berbau:
- Latih diri untuk makan buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan antioksidan. Ini termasuk sayur-sayuran berdaun, beri, brokoli dan kubis. Makanan ini membantu untuk menjaga kesihatan anda dan dapat mengelakkan nafas berbau daripada berlaku.
- Anda juga boleh makan yogurt yang bebas gula. Ini membantu menjauhkan diri anda dari bakteria yang berperanan menghasilkan halitosis.
- Makanan yang dipenuhi dengan gula menimbulkan masalah kerana gula menjejaskan bahagian belakang tekak.(JAUHKAN).
- Kopi dan teh juga boleh menjadi penyebab nafas berbau. Kedua-duanya mempunyai banyak asid di dalamnya.(JAUHKAN)
3. Sistem Penghadaman.
Yang terakhir adalah Sistem penghadaman. Ia juga boleh menyebabkan nafas berbau. Anda perlu memperbaikinya dengan melihat sendiri apa yang dimakan. Apa yang anda makan adalah penting kerana ia akan menentukan sama ada ia akan membantu untuk menghapuskan masalah nafas berbau atau tidak. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk memastikan sistem pencernaan anda berfungsi dalam kedaaan yang baik:
-Mempunyai diet yang tinggi serat yang merangkumi biji-bijian, buah-buahan segar dan sayur-sayuran. Makanan ini biasanya dicerna lebih baik daripada yang tidak mempunyai tinggi serat.
- Jika anda tidak mempunyai cukup enzim untuk mencerna dengan betul, anda perlu mengambil tidak lebih daripada empat tablet enzim untuk setiap hidangan utama.
- Anda mungkin tidak mempunyai cukup asid hidroklorik. Untuk mendapatkan lebih banyak enzim di dalam sistem anda, anda boleh menggunakan epal cuka sari. Ambil satu sudu sebelum anda makan makanan utama. Anda juga boleh menggunakan betaine atau tablet pepsin sebelum anda makan untuk membantu sistem pencernaan anda berfungsi.
- Anda juga boleh mendapat masalah nafas berbau dari kekurangan pergerakan usus biasa (sembelit). Anda perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air (8 auns) setiap hari.
Itu sahaja tips menghilangkan nafas berbau di dalam artikel saya untuk kali ini. Sebenarnya banyak lagi tips berkaitan nafas berbau ini. Tapi saya cuma kongsikan sedikit daripadanya semoga bermaanfaat untuk semua. Cuba tips-tips ini Insyaallah ada perubahan. sehingga berjumpa lagi. Sekian
Comments
Post a Comment